How To Be Hacker

Ini soalan yang sering ditanyakan didalam forum-forum. Hacker dalam takrifan saya sendiri ialah ’seseorang yang menggunakan sebuah komputer untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau laluan tanpa kebenaran’. 

Hacker dalam Bahasa Malaysia bermaksud ‘penggodam’.
Hacker sering dikaitkan dengan pencerobohan keatas sesuatu laman (web) atau server (pelayan) untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau keseronokan. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang hacker? 

Hacker, adalah satu ‘hobi’ yang berisiko namun seronok. Berikut adalah cara-cara untuk seseorang itu dapat menjadi seorang H.A.C.K.E.R yang tulen dan bukannya seorang yang hanya bergelar hacker tetapi tidak mengetahui apa-apa langsung.

Pertama sekali, anda mestilah belajar bersungguh-sungguh. Jangan putus asa. Seterusnya, belajarlah cara bagaimana untuk pasang komputer dengan tangan anda sendiri. Apakah kegunaan RAM? ROM? chipsets? mobo? dan benda-benda kecil yang lain. Belajar kegunaan dan cara penggunaan sesuatu perkakasan (hardware) itu.

Seterusnya, anda harus tahu bagaimana menggunakan sistem operasi.
Sistem operasi seperti 98/ME/2000/XP serta opensource (sumber terbuka)
adalah beberapa sistem operasi yang anda perlu ketahui.
Paling kurang anda perlu tahu sekurang-kurangnya 80% dari
keseluruhan fungsi yang terdapat didalam sesebuah sistem operasi.

Seterusnya belajar MCSE dan CISCO. Jangan pula anda tidak tahu apa itu CISCO?
Jika anda tidak tahu, maka jauh lagi perjalanan anda untuk menjadi seorang hacker.
Selepas anda menguasai MCSE dan CISCO, sekarang tibalah masa anda untuk mempelajari programming. Antara programming yang paling penting ialah ASM,C,C++ dan VB.
Anda seharusnya tahu bagaimana membina arahan-arahan mudah hinggalah ke tahap paling tinggi.

Selepas anda telah mempelajari semua perkara tadi,
cuba jadi seorang ’system administrator’ (pentadbir data).
Masuk sesuatu komuniti, dan diskusi bersama.
Make/Join satu kumpulan/team/krew untuk mempelbagaikan ilmu pengetahuan anda.
Pada masa ini, apabila anda ingin deface (ceroboh) sebuah laman/portal,
lakukan bersama-sama krew anda.
Ini adalah kerana kerja ‘patching/covering’ anda akan kurang
kerana pembahagian ‘kerja’ yang telah dibuat sebelum ‘defacement’.

Belajar cara untuk membina sebuah perkakasan dan programkan perkakasan tersebut sendiri.
Anda perlu tahu bagaimana cara untuk sambung ke internet dengan menggunakan perkakasan seperti handphone atau perkakasan yang mempunyai infrared atau non-infrared.
Seterusnya ajar diri anda sendiri sehingga ketahap tertinggi sekali.

Untuk mendapatkan perlindungan, cuba bekerja dengan kerajaan didalam bahagian undang-undang IT,
dan apabila anda ditangkap semasa menceroboh sesuatu laman web,
anda hanya perlu tunjukkan ID anda dan berkata
“Saya hanya mengimbas server/web ini daripada sebarang masalah”
dan anda akan bebas tanpa sebarang soalan.

Seterusnya, pada kali ini, cuba ‘deface’ web pilihan anda dengan sendiri.
Jangan beritahu orang lagi bahwa anda seorang hacker,
sebaliknya anda harus bersedia untuk ke satu tahap lagi, phreaking.
Phreaking membabitkan alat-alat telekomunikasi seperti telefon.
Untuk maklumat lebih, anda perlu cari sendiri .

Selepas anda mempelajari ‘elemen’ phreaking ini, hebohkanlah diri anda kepada dunia
kerana anda sekarang adalah seorang hacker yang mempunyai tahap kemampuan tertinggi.
Buatlah apa yang anda ingin lakukan
kerana anda sekarang adalah seorang hacker
yang mempunyai ’standard’ paling tinggi didalam ‘dunia internet’.
Tapi, setahu saya, jika seseorang tersebut telah mampu mencapai sehingga ketahap ini,
dia sudah menjadi seorang yang tidak suka ’showoff’ melainkan dipaksa ataupun dicabar…

1 comments:

Post a Comment